Friday, October 21, 2005 11:56
Bisnes Ku
~``~
`+ Sudah masuk dua minggu bulan puasa nie, Alhamdulillah.. Kuih muih for sale telah pun dibuat. Juz needed for collection. Walaupun bisnes nie kecil aje, tapi rezeki tidak seharusnya ditolak sebegitu sahaja. Sekurang-kurangnya dapatlah Haney dapat extra collection untuk musim raya tahun ini. Hehe! Semuanya berkat kesungguhan Haney sendirilah! Harapan Haney agar dapat menambah koleksi kuih raya untuk tahun hadapan. Tahun nie cuma dua macam saja dijual. Yelah, kan baru permulaan membuat bisnes, takkanlah nak buat 3-4 macam. Manalah tau tak termampu nak buat? So, i should start from the start then keep on upgrading myself. +`
`+ Love letters mungkin tidak banyak belanja untuk modalnya dan senang untuk dibikin. Tetapi penungguannya amat menyeksakan! Untuk membuat satu adunan love letters mengambil masa satu setengah jam! Masa terbuang begitu sahaja, tatkala menanti kepingan warkah cinta siap. Love letters yang berlipat boleh dibuat seorang sahaja tetapi kalau yang digulung rasanya perlukan dua orang. Panasnya ketika menggulung! Yes, we use our bare hands to roll the love letters. Kalau factory punya, semestinya mereka memakai mesin untuk menggulungny, kan ? +`
+` Selain love letters, chocolate chip cookies ( dua perisa berbeza ) menjadi pilihan saya untuk dijual. But love letters is more in demand than chocolate chip cookies. Sedihnya saya! IShk Ishk!! Saya terima kira-kira 11 order untuk love letters ( 100 pcs ) manakala untuk cookies pula hanya 5 order ( 50/100 pcs ) ... Tidak tahu kenapa pula? Mungkin love letters nie rasanya lain daripada lain kot? Kerna itu ramai juga respon terhdap kuih ini. Hm, mungkin juga. Tetapi kalau nak dikirakan, masa untuk membuat cookies lebih lama daripada love letters. Masa membakar juga harus dikira. Tetapi membuat cookies sungguh menyeronokkan! Tidak membosankan! :P +`
+` Buat adik-adik di luar sana, puasa tau.. Jangan tak puasa! Abang-abang terutamanya mereka yang membuat bisnes di Geylang Serai, Puasa La!! Tuhan nampak siapa yang tidak berpuasa! Siapa tak puasa tak leh raya kan? Hehe! +`
+` Selamat Berbuka Puasa! Hm, ada yang tak sabar nak buka ke? Sabar... `+
~``~