Sunday, August 07, 2005 13:16
+` Bahas 4PM `+
+ ` ` +
+` Bahas 4pm yang disiarkan di Suria semalam memang sunggug menghangatkan! Pihak pencadang dan penyangkang begitu bersemangat untuk melerai hujah-hujah mereka. Mereka yakin pada diri sendiri untuk membuat yang terbaik. Namun, ada juga di antara mereka yang kelihatan kaku di kaca mata televisyen. Kadangkala, mereka tersangkut apabila memberikan hujah-hujah mereka. Ya, mungkin mereka merasa takut kerana tidak pernah berhadapan dengan kamera secara langsung. Faktor tersebut dapat diterima kerana seseorang itu dapat menyesuaikan diri hanya apabila diberikan masa yang tertentu. `+
+` Topik yang ditengahkan semasa rancangan bahas berlangsung amat menarik perhatian saya. Dari permulaan sehingga penghabisan rancangan tersebut, saya terlekat di hadapan televisyen. Tidak terasa untuk bergerak dari sudut itu. Topiknya ialah, " adakah blog merupakan ruang peribadi seseorang ? " +`
+` Maktab Rendah Victoria menjadi pencadang, sementara Madrasah Wak Tanjung Al-Islamiah sebagai penyangkang. Walaupun saya mempunyai sebuah blog seperti apa yang saya sedang lakukan ini, saya tidak begitu setuju bahawa blog merupakan ruang peribadi seseorang itu. Apa yang saya tuliskan ini mungkin sesuatu yang peribadi, namun apabila disiarkan di laman web, ia tidak boleh dikatakan peribadi. Tujuan seseorang memiliki blog adalah untuk berkongsi dengan orang ramai hal-hal peribadi mereka. Apa gunanya perkataan peribadi apabila ia boleh dibaca orang ramai? Lantas, blog bukanlah ruang peribadi untuk seseorang itu tetapi ruang untuk dikongsi bersama. Kerana itu, saya menyokong pihak penyangkang, Madrasah Wak Tanjung Al-Islamiah! +`
+` Pihak penyangkang menerima gelaran juara bahas 4PM 2005, sementara pihak pencadang menjadi naib juara. Saya suka penyangkang yang pertama, petah apabila meleraikan hujah-hujahnya. Beliau juga dipilih sebagai salah seorang pembahas untuk Titian Minda yang akan berlangsung pada bulan September ini. Tahniah saya ucapkan kepadanya! Semoga beliau melakukan yang terbaik menjelang hari itu. Namun tidak dinafikan juga, pencadang kedua, Songuita Emalin, merupakan pembahas yang terbaik pada malam itu. Beliau layak menerima gelaran sebagai pembahas terbaik serta pembahas terbaik keseluruhan! Sebagai seseorang yang bukan melayu, beliau telah melakukan tugasnya dengan cemerlang sekali! Iya, orang indon juga boleh ya? Syabas ya! Memang mengasyikkan persembahannya! `+
+` Sebagai penutup, saya akhiri dengan mengatakan.. Blog bukan ruang peribadi seseorang individu itu. Diari ( handwritten ) boleh dikatatan sesuatu yang peribadi kerana ia hanya kepada si penulis dan buku tersebut. Tiada siapa yang boleh membaca diari tersebut kecuali penulisnya sendiri. Bukankah begitu? `+
+`+` SaLaM MeSrA`+`+
+` HaNeYsA`+
+ ` ` +